Friday, February 13, 2009

Cuti

Salam,

Hari ini hari cuti kat sini. Kadang-kadang rasa macam takde kerja nak buat kalau duduk rumah je padahalnya macam-macam kerja boleh jadi kalau kita buat kan sebab kita yang perlu bergerak ke arah kerja tu bukannya dia datang kepada kita pulak..kuikui (sebab benda kerja ni bukannya ada kaki nak berjalan nak suruh-suruh kita buat dia macam lipat kain ke, sapu lantai ke, susun majalah @ suratkhabar yang bersepah kat ruang tamu tu ke..).

Hmm..bau yang wangi macam mawar memang sedap dicium apatah lagi kalau kat laman kita ada tanam pokok mawar. Tapi susah juga nak menjaga tumbuhan ni..sebab dah pernah tanam bukan sekali tapi banyak kali tapi lepas dua tiga minggu mulalah dia jadi mangsa serangan belalang dan sejenis hidupan tu apa namanya pun kita tak tau..sibuk diekor ni nak tolong jaga (duk gigit-gigit daun dia ngan bunga-bunganya sekali). Lepas tu macam dah malas nak bela pokok ni..senang yang daun-daun hijau lagi tapi kalau sesekali pergi ke nursery tu rasa nak juga beli juga nantilah..

Hari tu ada keluar dalam Berita Minggu artikel pasal mawar ni, kaedah-kaedah penjagaannya ingat-ingat lupa lak sebab tak baca semua pun lagi (sibuk dengan kerja-kerja pejabat la..mana nak siap gaji lagi, tuntutan itu ini dan laporan yang nak di hantar ke pihak Lembaga) tapi ada simpan kat office rasanya artikel tu tapi nantilah kalau ada masa baca kaedahnya lepas tu kena tengok mood lu nak menanam ni kot kotnya masa tu tangan panas ke sejuk ke..kehkeh..

Orang duk sibuk pasal politik dewasa ni kita pun ambil pot jugalah tapi taknak ulaslah pasal ni sebab semua tu biar mereka yang arif buat ulasan..hehehe..bukan tak tau..ambil tau juga sebab ini negara kita yang tercinta (bersyukur amat dilahirkan di sini dengan kaum yang pelbagai mewarnai lagi kehidupan - Semoga Malaysia ini kekal aman Ya Allah, mudahkanlah kami dalam urusan beribadat kepada Mu, jauhkan kami daripada musuh-musuh kami samada yang nyata mahupun tidak (yang sentiasa berusaha menghalang kami mendekatkan diri kepada Mu), Amin - ) tapi untuk pengetahuan sendiri je sebab masing-masing boleh baca suratkhabar yang bermacam di luar sana, menonton tv yang ada banyak saluran, pilih mana yang berkenan dihati, jadikanlah ia sumber pengetahuan semasa kita.

Ada juga orang kata semua berita arus perdana tu berat sebelah..laa kitakan berakal..nak adil baca semualah yang bukan arus perdana pun kita baca dan bandingkan mana tulisan yang lurus dan mana yang bengkok, mana tulisan yang mengampu dan mana yang mengumpat. Baca dan fahami dan buat keputusan sendiri..kitakan Allah bagi akal bagi membezakan dengan makhluk satu lagi tu, jadi gunakanlah dengan bijaksana supaya kita sama-sama lancar bila disoal kelak.

No comments:

Post a Comment