Saturday, March 7, 2009
Menggunting
Tuesday, February 24, 2009
Rindu
Monday, February 16, 2009
Mula Kerja
Salam,
Semalam tu sebenarnya dah tulis pasal ni tapi tetiba tak boleh publish n save, penat-penat je tulis kisah dulu-dulu tu. Takpelah I tulis pasal lain lu. Hari ni kerja lepas semalam dapat mc..next week ada company dinner, baju tak tahu lagi nak pakai apa..hmm..rasanya pakai baju kerja yang biasa je lah sebab baju yang tempah tak siap lagi (padahalnya last year sebelum raya haji lagi dah upah jahit sebab naka pakai raya tapi akak tukang jahit tu asyik bagi alasan itu ini kenapa tak siap-siap lagi..takpelah semoga akak tu n family members dia cepat sihat).
Sebut pasal dinner ni ingat masa mula-mula bekerja dulu lepas habis sekolah kat satu co antarabangsa ni (jangan jealous u, i start kerja dah join international co…bukan kerja tetap pun sebenarnya tapi sebagai staff pelatih je..kehkehkeh. .takpelah kan daripada duk rumah je...).
Mula masuk kerja kami 4 orang yang jadi pelatih kat situ semua pompuan, 3 di Finance Dept., sorang kat Training Dept. (kalau tak silap dia panggil gitu sebab dept ni jadi pusat melatih orang je kerjanya). Kat Finance ni dipecah kepada 3 unit pulak dalamnya dan kami diberi penerangan pasal unit ni dan I dah peratikan antara unit-unit ni mana satu yang bos dia baik-baik je…luckily diorang suruh kita pilih sendiri nak duk bawah mana dan I cepat-cepat jawab nak duk under GL dan di bawah Puan Maimunah, orangnya baik dan sentiasa beri tunjuk ajar yang terbaik pernah saya alami..terima kasih dan akan saya ingat budi baik Kak Mai selamanya dan daripada dia saya pandai excel (kalaulah dia ada terbaca ini saya doakan dia dan keluarganya sihat-sihat hendaknya, Amin..Terima kasih tidak terhingga sekali lagi Kak Mai).
Ohh..Ya! Bukan saya kata 2 unit lagi tu bos dia jahat ke apa ke sebab itu 1st impression kita kan..sebab orang kata kalau nak tahu dia good or bad melalui itulah tapi I ni pandai tulis je praktiknya susahkan sebab ego rasanya. I ni buruk punya perangai kalau rasa mood tak baik je semua orang I tak tegur, Ya Allah buruk tul tu..dah nak buat camne time lepas gaduh ngan pakwe gitulah jadinya (ada pakwe ke...kuikuikui..). Agaknya kalau ada orang baru kenal I masa tu mesti jadi kes macam I nilai 2 unit tu tadi kot 2 x 5 je dengan I kehkehkeh..
Nak cite pasal dinner sebenarnya tadikan.ok, kita ni tak sampai seminggu masuk kerja diaorang dah buat dinner (bukan co punya tapi dept kita punya sendiri). Masa tu kita baru lagi pastu akak-akak tu kata malam ni kita makan luar..(hahhh.. I pun tak ingat macam mana bleh setuju untuk join sebab bukan ada transport sendiri pun nak pergi dan tujuan dinner tu pun sampai sekarang tak tahu untuk apa sebab masa tu nak tanya takut + nak tanya apa?? Ngada-ngada orang dah ajak tu pergi jelah sibuk nak tanya bagai....tu pasallah tak tanya…jadi I assumed itu untuk meraikan kita yang 3orang nilah…perasan je rasa… huhuhu…) tapi diorang dah arrange kan sape kena pergi ambik kami (3 orang ni) kat rumah masing2. Pandai-pandai je diorang nikan sebab kita mana cakap ngan ma ayah kita lagi nak ikut gi dinner ni..
Balik dari kerja terus cakap ngan ma ayah (pergi n balik kerja ayah hantar sebab i mana ada lesen keta ngan motor lagi lagipun rumah I ngan tempat kerja tu dekat amat kalau jalan kaki mahu sampai sejam jugaklah kalau berjalan ala-ala model catwalk..hahahah…) pasal dinner ni..diorang cakap pergilah..ma ayah tanya juga gi ngan sapa, kat mana.. I cakap ada kawan kerja datang ambik kat depan (maksudnya kat jalan besarlah tu sebab rumah kita jauh ke dalam lebih kurang 2 km jugalah dari jalan besar) jadi ayah kena hantar kat depan dalam kul 6.30pm gitu..kita sembahyang kat rumah kawan lu sebelum gi dinner tu tumpang keta sorang staff ni..punyalah jauh tempat makan tu masuk bandar sebuah negeri yang lain lak ..tak ingat nama restoran tu tapi rasanya ada bunyi thai thai gitulah..
Kali pertama keluar dinner rasa berdebar juga sebab kita baru lagi nak kena campur ngan Financial Controller dia, Executive, Supervisor dan Ketua-ketua Unit rasa cam kerdil je diri ini..(semua bantai cakap omputas manalah mahir lagi masa tu-macam lah masa ni dah mahir sangat.. katanya..hehehe..). Diorang dah book dan dah siap order nak makan apa jadi kita sampai terus dihidangkan makanan tu..tak tunggu-tunggu lagi..menu dia tomyam udang, daging masak merah, telur bungkus, sayur campur dan air minuman pilihan sendiri (dan I order fresh orange sebab air tu je yang I tahu masa tu..siannya..huhuhu..). Makan udang pakai sudu garpu bagai..hahhh sudah.. mesti tak habis isi dia nanti..memang pun dah sebab kita tak biasa lagi jadinya lebih banyak hirup kuah tomyam tu ngan lauk pauk yang lain je itupun malu-malu kucing nak ambik sebab kami yang baru ni tak duk semeja pun..dah akak-akak tu dah siap duk tempat yang strategic gitu jadi kita tolong penuhkan tempat kosong je..lagipun diorangkan senior jadi hormatlah kami kepada mereka..(nanti kalau kita dah jadi senior jagalah junior-junior kita nak buat camtu gak..kehkehkeh..).
Siap dinner I tumpang sorang akak ni balik sebab rumah dia kena lalu rumah (pergi tak tumpang sebab terus dia pergi lepas balik kerja ngan husband dia sebab rumah mertua di Kuantan.. I tulis Kuantan ke..takpelah bagi promosi free kat bandar tu..hehehe..) I lu jadi dia terus jer hantar I sampai depan pintu rumah sebab dah malam amat takkan nak tinggal depan tu je dahlah takde handphone masa tu camne nak suruh ayah datang ambik kan..
Selepas dinner pertama tu banyak lagi dinner-dinner lain yang I turut serta..best gak kerja kat sini sebab banyak activity dianjurkan macam treasure hunt, jungle tracking, family day, training, dan lain-lain lagi yang tak akan luput dari ingatan..
InsyaAllah akan sambung lagi..ma dah sound suruh lipat kain lak..
Friday, February 13, 2009
Cuti
Hari ini hari cuti kat sini. Kadang-kadang rasa macam takde kerja nak buat kalau duduk rumah je padahalnya macam-macam kerja boleh jadi kalau kita buat kan sebab kita yang perlu bergerak ke arah kerja tu bukannya dia datang kepada kita pulak..kuikui (sebab benda kerja ni bukannya ada kaki nak berjalan nak suruh-suruh kita buat dia macam lipat kain ke, sapu lantai ke, susun majalah @ suratkhabar yang bersepah kat ruang tamu tu ke..).
Hmm..bau yang wangi macam mawar memang sedap dicium apatah lagi kalau kat laman kita ada tanam pokok mawar. Tapi susah juga nak menjaga tumbuhan ni..sebab dah pernah tanam bukan sekali tapi banyak kali tapi lepas dua tiga minggu mulalah dia jadi mangsa serangan belalang dan sejenis hidupan tu apa namanya pun kita tak tau..sibuk diekor ni nak tolong jaga (duk gigit-gigit daun dia ngan bunga-bunganya sekali). Lepas tu macam dah malas nak bela pokok ni..senang yang daun-daun hijau lagi tapi kalau sesekali pergi ke nursery tu rasa nak juga beli juga nantilah..
Hari tu ada keluar dalam Berita Minggu artikel pasal mawar ni, kaedah-kaedah penjagaannya ingat-ingat lupa lak sebab tak baca semua pun lagi (sibuk dengan kerja-kerja pejabat la..mana nak siap gaji lagi, tuntutan itu ini dan laporan yang nak di hantar ke pihak Lembaga) tapi ada simpan kat office rasanya artikel tu tapi nantilah kalau ada masa baca kaedahnya lepas tu kena tengok mood lu nak menanam ni kot kotnya masa tu tangan panas ke sejuk ke..kehkeh..
Orang duk sibuk pasal politik dewasa ni kita pun ambil pot jugalah tapi taknak ulaslah pasal ni sebab semua tu biar mereka yang arif buat ulasan..hehehe..bukan tak tau..ambil tau juga sebab ini negara kita yang tercinta (bersyukur amat dilahirkan di sini dengan kaum yang pelbagai mewarnai lagi kehidupan - Semoga Malaysia ini kekal aman Ya Allah, mudahkanlah kami dalam urusan beribadat kepada Mu, jauhkan kami daripada musuh-musuh kami samada yang nyata mahupun tidak (yang sentiasa berusaha menghalang kami mendekatkan diri kepada Mu), Amin - ) tapi untuk pengetahuan sendiri je sebab masing-masing boleh baca suratkhabar yang bermacam di luar sana, menonton tv yang ada banyak saluran, pilih mana yang berkenan dihati, jadikanlah ia sumber pengetahuan semasa kita.
Ada juga orang kata semua berita arus perdana tu berat sebelah..laa kitakan berakal..nak adil baca semualah yang bukan arus perdana pun kita baca dan bandingkan mana tulisan yang lurus dan mana yang bengkok, mana tulisan yang mengampu dan mana yang mengumpat. Baca dan fahami dan buat keputusan sendiri..kitakan Allah bagi akal bagi membezakan dengan makhluk satu lagi tu, jadi gunakanlah dengan bijaksana supaya kita sama-sama lancar bila disoal kelak.
Thursday, February 12, 2009
Pertama

Baru je buat blog ni sebab tertarik dengan adik-adik punya..hmm..menarik juga sebab kita boleh berkongsi apa-apa cerita menarik dan cerita-cerita yang tidak menarik sekalipun. Suka yang wangi-wangi sebab tu namanya pun wangi mawar..ahh memang wangi dia diciptakan (bukan nak cerita pasal wangi ni sebenarnya).
Zaman sekolah telah lama berlalu dan memang suka subjek yang ada kena mengena dengan mengarang ni, tapi sebab dah lama tak bercerita dalam tulisan rasa macam beku juga lah..tapi takpe nak mulakan dari sekarang..supaya minda dapat berjalan dengan lancar (nasiblah kat sini takde orang akan cek salah tatabahasa dan ejaan kalau tak kena belajar semulalah semua tu...)
Yalah kan rasanya menulis blog ni sebagai salah satu cara untuk lepaskan tekanan..tak kisahlah apa jenis tekanan pun..pendapat kitalah..sebab bagi sesetengah orang dengan cara ini kita boleh luahkan yang terpendam tanpa perlu bersuara tetapi terlepas dari benak fikiran dan mungkin ada yang boleh berkongsi ide kurangkan tekanan yang ada..Gitulah kotnya..